"hidup memerlukan perjuangan...perjuangan memerlukan keberanian"

Rabu, 22 Julai 2009

Bila PEWARIS Ikut Demo ISA


Teringin juga ye NGO pro UMNO nak ikut serta dalam HIMPUNAN MANSUHKAN ISA ni ye. Apa korang dah tak ada tarikh lain ke selain nak "merusuh" masa GMI buat himpunan ni? Malu lah sikit sampai tarikh pun nak ikut-ikut dengan demonstran yang korang selalu label "hilang pertimbangan serta memalukan negara".

democrease saja tujukan kutukan serta hinaan untuk PEWARIS. Bangang serta bodoh suka meniru serta ikut cakap semua dari REJIM BN. Oh lupa korang kan boneka. Ala cam GAME P.S GODFATHER. Apa tindakan semua arahan dari rejim cilanat.

Kalau democrease malu nak tunjuk muka tak sememeh dan semegah nak ikut demo dengan acuan, nak teruskan undang-undang rimba yang tak ada dalam AL-QURAN. ISA memang dicipta untuk jadikan rakyat MALAYSIA bebal serta terus menerus sokong dan takut pada rejim BN. Macam yang terdapat dalam cerita serta drama dan filem kat TV milik kroni UMNO-BN terutamanya MEDIAPRIMA yang semakin menghanyutkan pemikiran rakyat serta ingin menjadikan percaya kepada perkara tahyul dan syirik.

Al maklum dalam pemikiran korang, umat MELAYU memang percaya terlalu banyak HANTU-JEMBALANG. Padahal hantu cuma wujud pada "PILIHAN-PILIHANRAYA" sahaja (tak kira lah PRK / PRU).

Beberapa hari ini kecoh sebab bekas P.M "lembik" buat pengumuman bahawa ISA perlu dimansuhkan (seperti PPSMI walaupun lembab).

Antara kata-katanya ialah :-

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini".

"ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru".

"Memansuhkan ISA adalah sebagai satu petanda kepada agenda pembaharuan demokrasi negara"

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik".


Mungkin TUN PAK LAH dah sedar dan insaf yang penahanan tanpa bicara lebih zalim dari apa yang telah berlaku terhadap BILAL AR-RABBAH, yang mana ketika "kantoi"nya beliau setelah memeluk ISLAM beliau telah diseksa dengan dihempapkan batu besar ke atas dada beliau oleh tuan nya demi mengembalikan beliau ke jalan MUSYRIKIN.
Jadi beramai-ramai turun ke jalanraya KUALA LUMPUR MALAYSIA pada 1 OGOS ini untuk menunjukan bantahan ke atas kezaliman BN selama ini.

MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN, TUTUP KEM KAMUNTING

NAJIB BUKAN P.M SAYA
NAJIB IS NOT MY P.M

democrease

Tiada ulasan:

Catat Ulasan