"hidup memerlukan perjuangan...perjuangan memerlukan keberanian"

Rabu, 22 Julai 2009

Bila MAN U Datang Bukit Jalil



Kecoh bila dua hari HARIMAU MALAYA bertemu dengan pasukan juara BPL 08/09 MANCHESTER UNITED pada Sabtu dan Isnin lalu. Kecoh kerana M.U hanya menang tipis di kedua-dua perlawanan tersebut iaitu 3-2 pada Sabtu, dan 2-0 pada Isnin. Ramai yang memberikan komen-komen positif bagi kedua-dua perlawanan tersebut yang mana memuji persembahan anak buah K Rajagobal berjaya mengimbangi pemainan M.U.

Jangan cepat melatah dan terlalu berbangga sangat atas dua perlawanan"pertunjukan" tersebut. Perlu diingat yang M.U datang ke Bukit Jalil bukan "free-free" je, besar bayaran digunakan bagi membawa skuad jutawan dari England itu untuk bermain di Bukit Jalil. Nasib perlawanan menentang Indonesia terpaksa dibatalkan, kalau tak kita akan terus-menerus menghamburkan pujian melangit terutama kepada Amri Yahyah yang berjaya memperdayakan kedua-dua penjaga gol M.U pada perlawanan Sabtu lepas.

democrease memang memuji tindakan serta gol-gol oleh Amri pada perlawanan Sabtu. Memang gol yang menarik dari nya terutama gol pertama yang menewaskan Edwin Van Der Sar. Tetapi corak serangan yang digunakan oleh Harimau Malaya terutamanya selepas minit ke 70 permainan menunjukan yang kita ni cepat hilang stamina. Permainan dah cantik tapi kenapa terlalu banyak hantaran ke belakang, sehingga membuka ruang untuk Michael Owen menjaringkan gol kemenangan? Taktikal pe yang korang main ni?

Ada beberapa pemain Harimau Malaya yang kelihatan lelah dan semput ketika permainan berbaki 25 minit (macam selalunya training kat negara musim sejuk pulak). Sedangkan Wayne Rooney masih segar, dan seolah berada dalam permainan yang boleh dianggap beliau "how to train a football team to play football". Malu beb tengok pemain cepat lelah ni, atas padang dah lelah atas "katil" camno pulak heheh.

democrease nak puji satu je dan nak kutuk satu je. Puji dengan "attitude" pemain yang tak macam masa 2003 lepas, dah la kalah 6-0 berebut nak tukaq jersi dengan pemain M.U. Tahun ni OK, democrease puji dan bagi markah 9 dari 10 kerana lebih bersikap pro dengan tak menunjuk kemaruk jersi pemain luar lebih-lebih, seperti berlaku pada 2003 (2003 democrease tengok paling kemaruk si AHMAD SHAHRUL, bekas captain nak tukar dengan Ryan Giggs)

Pemain attitude dah ok, president pulak buat hal. Nak bagi hadiah dan medal bagi lah betul-betul.Ni nak begambor lah pulak. Camni ker nak tunjukan contoh terbaik depan semua peminat bolasepak Malaysia? Kemaruk tak sesudah. Dulu ngata pemain, la ni camne pulak? Masa Brasil datang training sebelum Piala Dunia 2002, Tuan Presiden FAM kita boleh bawak cucu-cucuanda ke tengah padang untuk menyampaikan hadiah. Rasanya dah sampai masa FAM mereformasikan jawatan presiden pada tahun-tahun terdekat ni. Peminat dah malas nak tunggu janji manis FAM.

Untuk FAM, democrease berharap dapatlah dipertimbangkan agar berbelanja lebih sikit. Kerajaan Malaysia pun jangan ler kemut sangat nak kuarkan duit demi kepentingan bolasepak Malaysia ni. Kalau Jean Todt boleh diberi kemudahan serta wang sebanyak 1juta untuk promosikan "Malaysia My 2nd Home", kenapa tidak dilantik Sir Alex Ferguson sebagai penasihat serta salah seorang A.J.K dalam FAM? Jangan berkira sebab Sir Alex telah menunjukan reputasi sebagai pengurus terbaik dalam kancah bolasepak Inggeris sepanjang 2 dekad bersama M.U.

Takkan nak biarkan harapan menggunung rakyat yang nahu melihat Harimau Malaya beraksi di pentas piala dunia (dengan merit, bukan sebagai tuan rumah tau) terkubur begitu sahaja.

MENANTI HARIMAU MALAYA MENGAUM DI PENTAS PIALA DUNIA
democrease

Bila PEWARIS Ikut Demo ISA


Teringin juga ye NGO pro UMNO nak ikut serta dalam HIMPUNAN MANSUHKAN ISA ni ye. Apa korang dah tak ada tarikh lain ke selain nak "merusuh" masa GMI buat himpunan ni? Malu lah sikit sampai tarikh pun nak ikut-ikut dengan demonstran yang korang selalu label "hilang pertimbangan serta memalukan negara".

democrease saja tujukan kutukan serta hinaan untuk PEWARIS. Bangang serta bodoh suka meniru serta ikut cakap semua dari REJIM BN. Oh lupa korang kan boneka. Ala cam GAME P.S GODFATHER. Apa tindakan semua arahan dari rejim cilanat.

Kalau democrease malu nak tunjuk muka tak sememeh dan semegah nak ikut demo dengan acuan, nak teruskan undang-undang rimba yang tak ada dalam AL-QURAN. ISA memang dicipta untuk jadikan rakyat MALAYSIA bebal serta terus menerus sokong dan takut pada rejim BN. Macam yang terdapat dalam cerita serta drama dan filem kat TV milik kroni UMNO-BN terutamanya MEDIAPRIMA yang semakin menghanyutkan pemikiran rakyat serta ingin menjadikan percaya kepada perkara tahyul dan syirik.

Al maklum dalam pemikiran korang, umat MELAYU memang percaya terlalu banyak HANTU-JEMBALANG. Padahal hantu cuma wujud pada "PILIHAN-PILIHANRAYA" sahaja (tak kira lah PRK / PRU).

Beberapa hari ini kecoh sebab bekas P.M "lembik" buat pengumuman bahawa ISA perlu dimansuhkan (seperti PPSMI walaupun lembab).

Antara kata-katanya ialah :-

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini".

"ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru".

"Memansuhkan ISA adalah sebagai satu petanda kepada agenda pembaharuan demokrasi negara"

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik".


Mungkin TUN PAK LAH dah sedar dan insaf yang penahanan tanpa bicara lebih zalim dari apa yang telah berlaku terhadap BILAL AR-RABBAH, yang mana ketika "kantoi"nya beliau setelah memeluk ISLAM beliau telah diseksa dengan dihempapkan batu besar ke atas dada beliau oleh tuan nya demi mengembalikan beliau ke jalan MUSYRIKIN.
Jadi beramai-ramai turun ke jalanraya KUALA LUMPUR MALAYSIA pada 1 OGOS ini untuk menunjukan bantahan ke atas kezaliman BN selama ini.

MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN, TUTUP KEM KAMUNTING

NAJIB BUKAN P.M SAYA
NAJIB IS NOT MY P.M

democrease

Isnin, 20 Julai 2009

cari wang lebih

Salam , UNTUK YANG TENGAH GUNA INTERNET
tu,
Inilah dipanggil situasi win-win situation.
Program ini PERCUMA 100%
Anda akan dibayar setiap 15hb.
Nak tau macamana? Buka web bawah ni..

http://www.surfjunky.com/?r=vampirejb
cuma perlu:
1.Sign up (percuma)
2.Log
3.Klik pada bahagian "EARN MONEY"
4.Click pada bahagian "Click Here To
Start Surf Junky Browser"
5.Biarkan Program ini BUAT DUIT UNTUK
anda
6.Klik pada bahagian "STATISTIK" untuk
mgetahui jumlah wang anda.
Kita dibayar sebab kita 'promot' orang
lain surf web dia..
TAK SALAH KALAU MENCUBA...!!
TAK RUGI APA-APA...!!
Cek akan dihantar kepada nama dan
alamat
yang kita isikan sewaktu sign up.
Oleh itu sila tulis nama dan alamat
anda dengan lengkap dan betul...
kita perlu usaha untuk promotekan web
yang kat atas tu aje.

Senang aje..
tak perlu risau...tanpa risiko..
cuma kita aje lah yang perlu jujur
dalam mem'promot' kan website ni.
Kita dibayar sebab kita 'promot' orang
lain surf web dia..
Itu aje.
Jadi,apa salahnya kalau kita buat
macamtu kan??
TAK SALAH KALAU MENCUBA...!!
TAK RUGI APA-APA...!!
kita dibayar USD$0.45 (RM1.63 - ikut
currency sekarang bagi setiap jam
program ini berjalan).
Bermakna anda boleh dapat sehingga
RM41.04 sehari
(RM1.63x24=RM39. 12). Ini bermakna
sebulan kita boleh dapat sehingga
RM39.12x 30 = RM1173.60.
Boleh tahan gak kan..fikirlah.
Duit FREE, ambik je laa...
Cek akan dihantar kepada nama dan
alamat
yang kita isikan sewaktu sign up.
Oleh itu sila tulis nama dan alamat
anda dengan lengkap dan betul...
SELAMAT MENJANA WANG ANDA!!!
CUBA DAHULU....
TAK RUGI...
TAKDE KELUAR MODAL...
Ingat,sebelum dapat duit

Khamis, 16 Julai 2009

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM NAIK

Naik lagi tambang pengangkutan awam. Memang perkara ini disambut oleh pengusaha pengangkutan awam di Malaysia dengan hati terbuka. Mana tak nya dengan keadaan ekonomi semasa yang terlalu menghimpit, punca rezeki mereka semakin berkurang ekoran kegawatan yang berlaku sekarang.
Dua minggu lepas sengaja democrease cuba mengembalikan nostalgia dengan menggunakan perkhidmatan bas henti-henti dari pondok menunggu bas di hadapan Taman Jaya Skudai menuju Terminal Larkin Sentral. Tak sangka terlalu 'eficient' sungguh perkhidmatan bas henti-henti di Johor Bahru ini. democrease terpaksa menunggu selama hampir 1jam 30 minit baru dapat menaiki bas menuju destinasi.
Bayangkan ketika itu seorang rakyat yang tiada kemudahan pengangkutan sendiri terpaksa melalui saat seperti democrease. Apakah perasaannya terhadap sistem pengangkutan awam di Johor Bahru ini?
Mungkin bagi yang sudah "alah bisa tegal biasa" perkara sebegini menjadi sinonim dengan keadaan. Kawasan yang democrease gunakan adalah jalan besar serta merupakan jalan utama setiap pengusaha bas tak kira samada menuju ke pusat bandar atau ke Larkin Sentral, tetapi bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Adakah PBT-PBT yang terlibat dalam kawasan ini hanya duduk diam membisu tanpa pernah memikirkan nasib golongan yang masih menggunakan perkhidmatan awam seperti bas? Hanya mementingkan PBT manakah yang dapat mengutip cukai tertinggi berbanding PBT yang lain? Atau "aku dah bina jalanraya tahap terbaik pandai-pandai lah korang nak setelkan masalah sendiri"?

Berapa banyak pengusaha bas di Johor Bahru?
TRANSIT LINK (paling lama dalam industri. Tetapi bas dimiliki boleh buat orang yang menaiki rasa perlu mengambil insuran nyawa keesokan harinya), CAUSEWAY LINK (syarikat yang mengatakan sebagai pemain terbesar dlam perkhidmatan bas henti-henti di jb. Dianggarkan mempunyai sekurangnya 400 buah bas), SYARIKAT PENGANGKUTAN MAJU (dimiliki oleh JOHOR CORP tetapi kebanyakan permit disewakan kepada orang lain termaasuk GML. Salah satu projek gagal oleh JOHOR CORP), GML (GEMILANG BODY COACH) (bermula sebagai penyedia badan bas untuk MAJU. Kini kebanyakan permit laluan milik MAJU telah dimiliki oleh GML. Proses bayaran hutang yang tertunggak kot)
Jadi bagaimana hendak dikatakan kekurangan bas di Johor Bahru boleh berlaku? Ketidak seragaman perkhidmatan bas ini perlu diperbetulkan secara menyeluruh andai ingin menjadikan Johor Bahru lebih berkualiti. PBT tolong jangan tutup mata andai di kawasan kamu masih berlaku perkhidmatan bas yang tahap sampah

Ahad, 12 Julai 2009

10 Jari Disusun Maaf Dihulur

Salam perjuangan. Maaf terlalu sibuk atas kekangan kerja serta komitmen peribadi yang menolak kesempatan democrease menulis dalam blog ini.
Bukan mahu membiarkan segala isu dan cerita terpinggir dari liputan media milik B.N memaharajalela disegenap sisi democrease, tetapi tekadang terlupa ada masa democrease perlu memikirkan tentang diri sendiri.
Insyallah selepas ini dapatlah democrease lebih meluangkan masa untuk unjuk rasa dalam blog ini, sepertimana masa yang lepas. Doakan democrease mempunyai masa serta idea yang lebih serta kritis dalam isu-isu yang banyak berlegar.
Salam perjuangan serta sekali lagi maaf ku pohon andai ada yang tersilap serta menimbulkan rasa kurang senang setelah ketiadaan serta 'update' isu seperti masa-masa lepas.


NAJIB BUKAN P.M SAYA
NAJIB IS NOT MY P.M
democrease