"hidup memerlukan perjuangan...perjuangan memerlukan keberanian"

Rabu, 22 Julai 2009

Bila MAN U Datang Bukit Jalil



Kecoh bila dua hari HARIMAU MALAYA bertemu dengan pasukan juara BPL 08/09 MANCHESTER UNITED pada Sabtu dan Isnin lalu. Kecoh kerana M.U hanya menang tipis di kedua-dua perlawanan tersebut iaitu 3-2 pada Sabtu, dan 2-0 pada Isnin. Ramai yang memberikan komen-komen positif bagi kedua-dua perlawanan tersebut yang mana memuji persembahan anak buah K Rajagobal berjaya mengimbangi pemainan M.U.

Jangan cepat melatah dan terlalu berbangga sangat atas dua perlawanan"pertunjukan" tersebut. Perlu diingat yang M.U datang ke Bukit Jalil bukan "free-free" je, besar bayaran digunakan bagi membawa skuad jutawan dari England itu untuk bermain di Bukit Jalil. Nasib perlawanan menentang Indonesia terpaksa dibatalkan, kalau tak kita akan terus-menerus menghamburkan pujian melangit terutama kepada Amri Yahyah yang berjaya memperdayakan kedua-dua penjaga gol M.U pada perlawanan Sabtu lepas.

democrease memang memuji tindakan serta gol-gol oleh Amri pada perlawanan Sabtu. Memang gol yang menarik dari nya terutama gol pertama yang menewaskan Edwin Van Der Sar. Tetapi corak serangan yang digunakan oleh Harimau Malaya terutamanya selepas minit ke 70 permainan menunjukan yang kita ni cepat hilang stamina. Permainan dah cantik tapi kenapa terlalu banyak hantaran ke belakang, sehingga membuka ruang untuk Michael Owen menjaringkan gol kemenangan? Taktikal pe yang korang main ni?

Ada beberapa pemain Harimau Malaya yang kelihatan lelah dan semput ketika permainan berbaki 25 minit (macam selalunya training kat negara musim sejuk pulak). Sedangkan Wayne Rooney masih segar, dan seolah berada dalam permainan yang boleh dianggap beliau "how to train a football team to play football". Malu beb tengok pemain cepat lelah ni, atas padang dah lelah atas "katil" camno pulak heheh.

democrease nak puji satu je dan nak kutuk satu je. Puji dengan "attitude" pemain yang tak macam masa 2003 lepas, dah la kalah 6-0 berebut nak tukaq jersi dengan pemain M.U. Tahun ni OK, democrease puji dan bagi markah 9 dari 10 kerana lebih bersikap pro dengan tak menunjuk kemaruk jersi pemain luar lebih-lebih, seperti berlaku pada 2003 (2003 democrease tengok paling kemaruk si AHMAD SHAHRUL, bekas captain nak tukar dengan Ryan Giggs)

Pemain attitude dah ok, president pulak buat hal. Nak bagi hadiah dan medal bagi lah betul-betul.Ni nak begambor lah pulak. Camni ker nak tunjukan contoh terbaik depan semua peminat bolasepak Malaysia? Kemaruk tak sesudah. Dulu ngata pemain, la ni camne pulak? Masa Brasil datang training sebelum Piala Dunia 2002, Tuan Presiden FAM kita boleh bawak cucu-cucuanda ke tengah padang untuk menyampaikan hadiah. Rasanya dah sampai masa FAM mereformasikan jawatan presiden pada tahun-tahun terdekat ni. Peminat dah malas nak tunggu janji manis FAM.

Untuk FAM, democrease berharap dapatlah dipertimbangkan agar berbelanja lebih sikit. Kerajaan Malaysia pun jangan ler kemut sangat nak kuarkan duit demi kepentingan bolasepak Malaysia ni. Kalau Jean Todt boleh diberi kemudahan serta wang sebanyak 1juta untuk promosikan "Malaysia My 2nd Home", kenapa tidak dilantik Sir Alex Ferguson sebagai penasihat serta salah seorang A.J.K dalam FAM? Jangan berkira sebab Sir Alex telah menunjukan reputasi sebagai pengurus terbaik dalam kancah bolasepak Inggeris sepanjang 2 dekad bersama M.U.

Takkan nak biarkan harapan menggunung rakyat yang nahu melihat Harimau Malaya beraksi di pentas piala dunia (dengan merit, bukan sebagai tuan rumah tau) terkubur begitu sahaja.

MENANTI HARIMAU MALAYA MENGAUM DI PENTAS PIALA DUNIA
democrease

Tiada ulasan:

Catat Ulasan